Thursday, September 3, 2009

MakSud MYEG.....

MyEG Services Berhad (MyEG) telah diperbadankan di Malaysia sebagai sebuah syarikat persendirian pada 17 Februari 2000 dan dikenali sebagai I.T Marvel Sdn Bhd. Seterusnya, nama syarikat ini telah di tukarkan kepada MyEg Dot Com sebelum mengisytiharkan nama yang kini digunakan pada 13 Oktober 2001.

Bersempena dengan penyenaraian syarikat di papan bursa saham MESDAQ pada 13 April 2005, status syarikat ditukarkan kepada sebuah syarikat awam.MyEG terlibat didalam perniagaan pembangunan dan pelaksanaan perkhidmatan E-Kerajaan disamping perkhidmatan-perkhidmatan lain yang berkaitan bagi inisiatif kerajaan. Fokus syarikat adalah meningkatkan penyampaian didalam operasi dalaman kerajaan dan menyampaikan perkhidmatan kepada pengguna.

Kejayaan perkhidmatan urusniaga secara atas talian ini telah menjadi pemacu untuk MyEG mengembangkan operasi dan melaksanakan beberapa lagi projek kerajaaPada Jun 2004, MyEG telah mengambilalih Gale Vector Sdn Bhd (GVSB) yang berperanan dalam menyediakan penyelesaian perisian dan menyelenggara perkhidmatan kepada pelanggan. Pemilikan GVSB ini membolehkan syarikat untuk mengukuhkan kepakaran yang berasakan teknikal dan menyumbang kepada pembangunan yang berterusan bagi platfom perkhidmatan MyEG.

Kumpulan syarikat ini juga memperluaskan operasinya dalam sektor penyelesaian E-Insuran dan beberapa perkhidmatan berkaitan insuran melalui syarikat/subsidarinya iaitu PDX.net Sdn Bhd (PNSB). PNSB mula beroperasi pada 1 Januari 2005 dan kini menyediakan perkhidmatan rangkaian komputeran elektronik (Electronic Computer Linkages) melalui aplikasi perisiannya dan teknologi internet sebagai perantara diantara syarikat-syarikat insuran dan JPJ dalam pengeluaran ‘E-Cover Notes’.

MyEG bersama kumpulan syarikatnya berkhidmat sebagai sebuah komuniti yang berasaskan informasi dan pusat perkhidmatan bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat, membuat transaksi dan berinteraksi dengan pihak berkuasa kerajaan persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan.

No comments:

Post a Comment