Friday, September 4, 2009

ToPoLoGi PoKoK dan ToPoLoGi CiNcIn

TOPOLODGI POKOK
Topologi pokok atau topologi heiraki mengandungi beberapa lapisan yg mana nod-nod di paras yg lebih rendah disambung kepada satu nod di paras sebelah atas. Di dalam topologi ini, nod-nod boleh biberikan tugas-tugas khas.Nod-nod ini kemudiannya disambungkan ke heiraki rangkaian untuk melaksanakan tugas-tugas bersepadu.Topologi ini dijumpai dalam penyambungan sesama rangkaian-rangkaian bas.Kelemahan kos pendawaian tinggi,pengendalian data lebih kompleks dan masa yang diperlukan bagi menghantar data lebih lambat

TOPOLOGI CINCIN
Topologi cincin adalah topologi rangkaian kompleks di mana setiap nod disambungakn dengan dua nod yang lain,membentuk satu laluan sejajar tunggal untuk penghantaran isyarat terus ke setiap nod.Data akan melalui dari setiap nod ke setiap nod seterusnya, setiap laluan nod yang melalui akan menerima setiap paket data.
Oleh kerana topologi cincin menyediakan hanya satu laluan di antara dua nod, topologi ini mungkin akan tergangu jika berlaku kegagalan di antara satu pautan.Satu nod gagal berfungsi atau kerosakan kabel berlaku menyebabkan semua nod akan terasing dari topologi cincin.Rangkaian FDDI dapat mengatasi kelemahan dengan penghantaran data mengikut arah jam dan arah lawan jam membentuk cincin,jika berlaku kegagalan data akan dihantar balik untuk melengkapkan cincin sebelum ia sampai dihujung.Ianya dikenali sebagai rangkaian gelang token IBM,jika untuk mengelak kelemahan tersebut,mereka menggunakn topologi bintang pada lapisan fizikal dan unit akses pelbagai stesen untuk meniru cincin pada lapisan pautan data.

No comments:

Post a Comment